Demi menghantar pakaian perlindungan diri (PPE) kepada frontliner yang bertugas, dua jejaka ini sanggup meredah 50 buah sekatan jalan raya.

Merentasi empat buah negeri ke Terengganu, Kelanta, Perak dan Pahang, tindakan sukarelawan yang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol dan Mohd Hafizzal Hashim patut diberikan pujian.

Kedua-duanya yang bernaung di bawah Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) mula menghantarkan bekalan PPE sejak 12 April lalu di Bangi.

Kemudian, mereka menghantar 1,000 helai PPE dan 11,000 keping topeng muka di pusat kesihatan dan hospital di Perak.

Pada 14 April lalu, mereka tiba di Kelantan untuk menghantar 1,000 pasang PPE dan hand sanitizer sebelum berangkat ke Terengganu untuk menghantar 500 pasang PPE dan 2,500 topeng muka.

Perjalanan mereka berakhir di Pahang dengan penghantaran baki 600 pasang PPE dan 7,000 keping topeng muka sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

Sepanjang perjalanan, dedah koordinator IMARET, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim mereka hanya tidur di dalam lori.

"Walaupun ramai yang menawarkan mereka untuk singgah di Airbnb atau homestay, mereka enggan menerimanya.

"Sebaliknya hanya tidur di dalam lori," kata Dr. Ahmad.

Lebih luluh, mereka singgah di bahu jalan untuk memasak makanan sendiri.

"Susah untuk dapatkan makanan sepanjang tempoh PKP ini tetapi mereka sudah bersedia dari awal dengan membawa peralatan memasak dan makanan keperluan," tambahnya.

Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frotliner yang bertugas.

Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!