Berita

#MyHero: “Meleleh Air Mata Jantan”- Penghantar Barang Sedih, Dakwa Tidak Diberikan Bonus Hari Raya Tetapi Kerja Bertambah

gempak
Syafiqah Jalal
18/05/2020
08:15 MYT
Sponsor Banner
#MyHero: “Meleleh Air Mata Jantan”-  Penghantar Barang Sedih, Dakwa Tidak Diberikan Bonus Hari Raya Tetapi Kerja Bertambah
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita banyak mendengar cerita mengena jumlah barangan atau parcel yang diterima syarikat penghantaran termasuklah Pos Malaysia naik dengan banyak serta sangat luar biasa.
Mungkin masa lapang yang diisi oleh rakyat Malaysia di rumah membuatkan tangan mereka ringan sahaja untuk membeli belah secara online tambahan pula kedai ketika itu tidak banyak yang dibuka.
Ini secara tidak langsung, ‘abang posmen’ juga antara orang yang bertungkus lumus bekerja ketika tempoh PKP selain frontliners yang menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Masakan Utara Barat membuat perkongsian di laman tersebut dengan memberitahu sangat bersimpati dengan nasib seorang ‘abang posmen’ yang sangat kecewa kerana tiada bonus khas untuk mereka Aidilfitri ini.
Posmen itu lebih kecewa kerana jumlah parcel yang mereka perlu hantar tahun ini bertambah berbanding tahun lalu.
Lebih sayu lagi, difahamkan duit bonus itu mahu digunakan untuk membantu keluarganya yang sudah kehilangan bapa sejak 3 tahun lalu.
Perkongsian yang dibuat kemarin itu, telah menerima lebih 19,000 komen dan lebih 27,000 perkongsian setakat artikel ini ditulis.
Rata-rata bersimpati dengan nasib abang posmen yang sentiasa kerja keras setiap hari menjalankan amanah yang diberi.
Malah ramai tidak berpuas hati dengan nasib yang menimpa posmen kerana sepanajang tempoh PKP ini ramai peniagaan menggunakan servis Pos Malaysia untuk menghantar barangan jualan mereka.
Apa yang pasti, sumbangan dan jasa yang diberikan oleh abang posmen bersama rakan-rakannya melaksanakan tugas merupakan sesuatu yang wajar dipuji.
Anda adalah hero!
Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live