Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#MyHero: "Rider Akan Tolong Walau Tak Kenal Pun" - Syarikat Lain-Lain, Tapi 3 Rider Penghantar Barangan Ini Gerak Seiring Bantu Rakan Tunda Motosikal

ZULHILMI JALIL
15/05/2020 23:26 MYT
Pasti ramai antara kita pernah melihat situasi penunggang motosikal ditolak oleh penunggang lain ketika bergerak di atas lebuh raya.

Barangkali motosikal rosak, atau besar kemungkinan kehabisan petrol ketika di tengah jalan.

Namun, apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Muhammad Shahrizan ini benar-benar menyentuh hati ramai pihak.

Dalam posting tersebut, Shahrizan memuat naik sekeping foto yang memaparkan tiga orang rider penghantar makanan yang berada di hadapannya sewaktu melalui lebuh raya.

Ketiga-tiga mereka merupakan rider yang bekerja bagi tiga syarikat berbeza, Grabfood, Foodpanda dan Lalamove berdasarkan kotak beg penyimpanan barang mereka.

"Kita rider tak ada beza.

"Kisahnya Grabfood datang tolong, tak lama lepas tu Lalamove datang suruh buka paddle lagi satu, tak cakap banyak terus tunda sekali," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hantaran tersebut kemudian diulang kicau lebih 4,700 kali dan menerima lebih 9,500 tanda suka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap rider yang sering membantu antara satu sama lain ketika ditimpa musibah di jalan raya.

"Ni satu benda aku respect rider motor. Kalau rosak atau sidai tepi jalan mesti akan ada salah sorang tawar untuk tunda. Aku pernah dua tiga orang tawar tunda sampai aku tolak berapa meter je nak sampai rumah," balas @rayyanazharr

"Hakikatnya rider motor akan tolong walau tak kenal pun. Dulu aku pernah habis minyak. Ade 1 KM lagi merangkak naik bukit, kemudian ada pakcik tua berhenti tolong towing sampai stesen minyak dalam hujan," komen @ahmadizdihars.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



Apa yang pasti, rider inilah antara frontliners yang banyak berjasa kepada kita semua dalam menyediakan perkhidmatan berterusan terutamanya sewaktu negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Rider #COVID-19 #MYHero