Viral
#MyHero: Seorang Jejaka Dedah Jawapan Gelandangan Ketika Diberi Makanan - "Bagilah Orang Lain Pula Ramai Lagi Tak Dapat”
Tular di media sosial baru-baru ini seorang ayah yang patah kaki hampir 10 tahun terpaksa menggunakan kerusi roda (wheelchair) untuk bergerak melakukan aktiviti harian.
Lebih menyentuh perasaan, dia setia ditemani oleh anak lelakinya yang berumur tujuh tahun.
Perkongsian itu dibuat oleh seorang sukarelawan di Twitter yang ketika itu bersama rakan-rakannya memberi sumbangan kepada gelandangan ketika wabak Covid-19 melanda.
"Dah 10 tahun kaki patah, anak berumur 7 tahun yang menolak ke sana ke sini.
"Tulang dah patah, besi yang menggantikan tulang pun dah patah. Tunggu 'wheelchair' je patah," tulisnya.
Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian netizen adalah jawapan seorang ayah ketika diberi bantuan makanan.
Anak: “Cukup ke bah?”
Abah: “Eh cukuplah, bagilah orang lain pula ramai lagi tak dapat."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia susah jadi dia tahu apa perasaan bila orang dok makan berhari hari.
"Dulu bapa dia yang berkorban nak besarkan dia sekarang anak dia yang jaga dia.. Besar pahala kau dik.. Tentu ayah kau bangga dapat anak macam kau.. Simple things but very meaningful.
"Pakcik ni sangat sangat bersyukur dengan apa yang dia ada. Kita bila lagi? Fikir-fikirkanlah.
"Jangan lupa untuk tengok video ni lagi hari ni sebagai muhasabah diri masing-masing," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frotliner yang bertugas.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!