Viral

#MyHero: "Tak Perlu Nak Bayar Apa-Apa Pun" - Tindakan Abang Grab & Food Panda Bantu Tolak Kereta Dapat Pujian Warganet

Zulaikha Yusof
21/04/2020
08:48 MYT
Bukan hanya menghantar barang dan makanan, sikap prihatin beberapa orang runner iaitu Grab Food dan Food Panda membantu menolak sebuah kereta yang mengalami masalah menjadi bualan ramai.
Pendedahahan itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan Muhammad Najib yang kebetulan lalu di tempat kejadian, Seksyen 9 Shah Alam.
Kata Wan, pertolongan yang diberikan itu tidak mengenakan sebarang bayaran.
"Siapa kata abang Grab, Food Panda, Lala Move, Bungkusit ni kerja dia hantar makanan atau barang sahaja?
"Dorang pun boleh tolong tolak kereta orang rosak tau.
"Tak perlu nak bayar apa apa pun, mereka hanya menggunakan common sense dan terus park motor dorang tepi jalan untuk bantu. Diri saya pun belum tentu boleh bantu," tulisnya menerusi sebuah entri.
Dalam pada itu, Wan menyifatkan golongan tersebut adalah wira yang telah memudahkan kerja orang lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Betapa mulianya hati hero-hero tak didendang yang telah memudahkan kerja kita semua selama musim PKP ni.
"Semoga Allah memberkati abang-abang runner sekalian," tulisnya lagi.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rider P-Hailing Terperanjat Dapat Tips RM500, Pulangkan Balik Sebab ...

gempak
10/07/2024
08:25 MYT
Bekerja dalam bidang perkhidmatan penghantaran barangan atau lebih dikenali sebagai p-hailing sememangnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan sama ada baik mahupun buruk.
Advertorial

PayLater by Grab Lanjutkan Mid Year Sale 2.0 Dengan Tawaran Diskaun Sehingga RM25 OFF! Jom Shopping Sekarang!

gempak
20/06/2024
11:30 MYT
Zaman serba digital sekarang, semua benda yang kita nak, kita boleh pesan dengan hanya di hujung jari. Jimat masa dan tenaga.
Viral

Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

gempak
04/06/2024
07:03 MYT
Tular di media sosial seorang pengguna khidmat p-hailing meluahkan rasa kesal apabila penghantar makanan tersalah hantar juadah yang tidak halal ke rumah sahabatnya yang beragama Islam.
Viral

Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”

gempak
08/05/2024
02:55 MYT
Aslam buat video pun lucu.
Advertorial

Nikmati Penjimatan Kaw-Kaw Bersama GrabFood dan Rebut Peluang Untuk Menangi Pakej Umrah!

gempak
25/03/2024
05:30 MYT
Dunia yang serba serbi digital telah membantu kita menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah. Semua benda yang kita nak, kita boleh pesan dengan hanya di hujung jari. Jimat masa dan tenaga.