Viral
#MyHero: "Tak Perlu Nak Bayar Apa-Apa Pun" - Tindakan Abang Grab & Food Panda Bantu Tolak Kereta Dapat Pujian Warganet
Bukan hanya menghantar barang dan makanan, sikap prihatin beberapa orang runner iaitu Grab Food dan Food Panda membantu menolak sebuah kereta yang mengalami masalah menjadi bualan ramai.
Pendedahahan itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Wan Muhammad Najib yang kebetulan lalu di tempat kejadian, Seksyen 9 Shah Alam.
Kata Wan, pertolongan yang diberikan itu tidak mengenakan sebarang bayaran.
"Siapa kata abang Grab, Food Panda, Lala Move, Bungkusit ni kerja dia hantar makanan atau barang sahaja?
"Dorang pun boleh tolong tolak kereta orang rosak tau.
"Tak perlu nak bayar apa apa pun, mereka hanya menggunakan common sense dan terus park motor dorang tepi jalan untuk bantu. Diri saya pun belum tentu boleh bantu," tulisnya menerusi sebuah entri.
Dalam pada itu, Wan menyifatkan golongan tersebut adalah wira yang telah memudahkan kerja orang lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Betapa mulianya hati hero-hero tak didendang yang telah memudahkan kerja kita semua selama musim PKP ni.
"Semoga Allah memberkati abang-abang runner sekalian," tulisnya lagi.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!