Biarpun dikritik oleh sesetengah pihak, namun ia langsung tidak menghalang Ustaz Ebit Lew untuk terus menghulurkan sumbangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Ebit sekali lagi menyentuh perasaan warga maya apabila mengunjungi sebuah keluarga yang tinggal di bawah khemah terletak di Baling, Kedah.

Menurut Ebit, sepasang suami isteri bersama empat orang anak yang masih kecil sudah mendiami khemah berkenaan sejak setahun lalu.

"Tinggal jauh dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya, kena jalan kaki dan banyak nyamuk.

"Tandas tiada air harapkan hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal di sini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya," katanya.

Tambahnya, melihat keadaan keluarga ini ibarat satu dosa buat dirinya yang selama ini tinggal dalam keadaan yang selesa.

"Makan sedap dan rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.

"Anak kecil ini pula penuh nyamuk. Mereka anak yang baik, senyum jer bahagia.

"Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka," katanya sebagai kapsyen.

Anda boleh lihat posting penuh berkenaan di bawah.

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya. Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan. Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan. Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apapun kepada Ustaz Ebit , anda memang hero!

Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19 ini.