Hiburan
#MyHero : "Tinggal Dalam Kebun Getah, Tandas Pun Tadah Air Hujan" - Pendedahan Ebit Lew Ini Bakal Buat Anda Mengalir Air Mata!
Biarpun dikritik oleh sesetengah pihak, namun ia langsung tidak menghalang Ustaz Ebit Lew untuk terus menghulurkan sumbangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Ebit sekali lagi menyentuh perasaan warga maya apabila mengunjungi sebuah keluarga yang tinggal di bawah khemah terletak di Baling, Kedah.
Menurut Ebit, sepasang suami isteri bersama empat orang anak yang masih kecil sudah mendiami khemah berkenaan sejak setahun lalu.
"Tinggal jauh dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya, kena jalan kaki dan banyak nyamuk.
"Tandas tiada air harapkan hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal di sini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya," katanya.
Tambahnya, melihat keadaan keluarga ini ibarat satu dosa buat dirinya yang selama ini tinggal dalam keadaan yang selesa.
"Makan sedap dan rumah saya besar dan kenderaan macam-macam.
"Anak kecil ini pula penuh nyamuk. Mereka anak yang baik, senyum jer bahagia.
"Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka," katanya sebagai kapsyen.
Anda boleh lihat posting penuh berkenaan di bawah.
Apapun kepada Ustaz Ebit , anda memang hero!
Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19 ini.