Sebuah kereta Perodua Kelisa mengharungi jalan raya yang dipenuhi air banjir tular dan mendapat perhatian wargamaya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @pheezothman yang berada di tempat kejadian berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum.

“Jangan pandang hina kereta KELISA ok!! Chaiyokkk!!” tulis pengguna tersebut sebagai kapsyen video.

Menerusi perkongsian berdurasi 24 saat itu menunjukkan Kelisa terbabit mencuba nasib mengharungi air banjir dengan penuh berhati-hati.

Meskipun dengan keadaan keretanya yang rendah dan paras air sudah mencecah enjin depan, Kelisa tersebut berjaya sampai ke hujung dan mendapat tepukan daripada warga Kuala Lumpur yang menyaksikan kejadian itu.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang memuji kereta buatan Malaysia itu

“2020 ni tak dapat kereta terbang dapat kereta berenang pon ok,” tulis seorang wargamaya.

“Haa.. Kena la dengan nama dia. Habitat semulajadi. Nature is healing!” ujar seorang wargamaya.

“Biasa dengar kehebatan adiknya je Myvi. Sekali sekala timbul laa jugak kisah abang dia Kelisa,” kata seorang wargamaya.

“Wehhh bukan kaleng-kaleng gak eh Kelisa hahahahahahahah bolehlah lawan Myvi. Asyik Myvi je jadi tumpuan biar Kelisa lak tunjuk belang haa gittew,” puji seorang wargamaya.

“Jangan pandang sebelah mata Kelisa ni. Sebelum Myvi, dialah hero hahahah,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan dan 22,000 ulang kicau daripada warga Twitter.

Petang semalam ibu kota dilanda banjir kilat akibat daripada hujan yang berterusan sejak jam 2 petang.

Antara kawasan terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.