,
Laman Utama

“Nabi Muhammad Yang Baik Pun Orang Fitnahkan…” - Mak Wan Latah Kongsi Rasa Selepas Kembali Menjanda

Izwan Isa
23/04/2022
02:50 MYT
Pelakon veteran, Mak Wan mengakui berada dalam fasa gembira buat masa ini, sungguhpun pelbagai cakap-cakap nakal dalam kalangan netizen bertebaran apabila dia bercerai hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
“Saya sekarang happy, macam lapan tahun dahulu. I’m back to normal. Sekarang ni saya sedang menunggu tawaran kerja.
“Rutin bekerja pun sama seperti sebelum-sebelum ini, tetapi lebih fokus pada seni, dunia dan akhirat,” katanya kepada Gempak.
Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka hatinya kepada orang lain setakat ini.
“Tak kut… janji tidak, tapi Allah punya kuasa… Buat masa ini, taklah kut. Takut pisang berbuah empat kali.
“Tapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri. Daripada saya mengharapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mak Wan turut memberi komen mengenai ulasan-ulasan yang dibuat oleh netizen mengenai dirinya di alam maya.
“Buat masa ni, dalam bulan puasa tak nak jawab apa-apa. Tak nak aibkan siapa-siapa. Nabi Muhammad yang baik pun orang fitnah, apatah kita manusia biasa. Saya diam, biar Allah yang tentukan segalanya. Saya reda, sebab bulan puasa kita nak cari pahala,” tuturnya.
Terdahulu, perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan cerai terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.
Untuk rekod, mereka telah disatukan pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu

gempak
26/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Que Haidar mengesahkan dia dan Linda Jasmine telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

gempak
19/10/2024
02:55 MYT
Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Viral

Adakah Talak Jatuh Kerana Paksaan Bercerai?

gempak
17/08/2024
04:55 MYT
Adakah jatuh talak jika seorang suami dipaksa menceraikan isterinya?
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Laman Utama

Kontroversi Heret Rezeki Mak Wan Latah! Setahun Tiada Job, Bergantung Harap Bisnes Sambal - "Kenapa Ujian Saya Sebegini?"

gempak
28/09/2023
23:50 MYT
Insya-Allah ada rezeki nanti.
Unitar