Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Nabil Ahmad Dedah Pernah Rugi Hampir Setengah Juta Ringgit Kerana Bisnes

ZULHILMI JALIL 06/12/2020 | 01:30 MYT
Pelakon dan pelawak Nabil Ahmad mendedahkan bahawa dirinya pernah berdepan kerugian hampir setengah juta ringgit ketika cuba menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Menurut Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 37, dia mengakui kegagalan dalam bisnes yang dialaminya itu berpunca daripada diri sendiri yang tidak mempunyai ilmu dalam perniagaan.
"Sebelum ini pelbagai perniagaan yang saya lakukan. Antaranya termasuklah bisnes studio Muay Thai dan zumba.
"Semuanya tak boleh 'pergi' (tak beri keuntungan). Memang banyak habis duit. Semuanya disebabkan saya tak ada ilmu nak berniaga. Tak tahu nak uruskan hal berkaitan pemasaran dengan betul, main buat sahaja.
"Kita ingat bila ada duit, kita boleh buat (berniaga), tapi itu sebenarnya satu kesilapan. Nak berniaga kena ada ilmu. Kalau ingat balik (kerugian) memang rasa ralat," katanya kepada Gempak.
Nabil ditemui pada sidang media pelancaran produk makanan ringan, DoryLicious di Gombak, Selangor hari ini.
Jelas Nabil lagi, biarpun berdepan kegagalan, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menjadi seorang usahawan.
Bahkan, katanya, perniagaan makanan yang diusahakan sejak tahun lalu ini juga merupakan salah satu cara dirinya menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik.
"Sebenarnya, ramai yang mesej di DM (mesej peribadi di Instagram), minta bantuan RM100, RM200.
"Jadi, apa yang saya boleh bantu, saya ajak mereka berniaga," katanya yang turut memperkenalkan dua rakan niaga lain iaitu pelawak Achey dan Zizan Razak.
#Nabil Ahmad #Bisnes #Rugi #Setengah Juta
;