IKEA Sleepover pertama anjuran IKEA Malaysia di seluruh negara yang telah berlangsung baru-baru ini telah merealisasikan impian para peserta bertuah untuk bermalam secara sah di IKEA.
Acara ini yang berlangsung secara serentak di semua gedung IKEA, telah menawarkan ahli IKEA Family pengalaman yang sangat unik, dengan pelbagai persembahan dan aktiviti yang khusus di setiap gedung.
“Tidur lena adalah kunci untuk kehidupan sihat dan bahagia. Ia juga merupakan komponen utama untuk menjadikan kehidupan harian kita lebih baik – bertepatan dengan komitmen kami di IKEA,” kata Malcolm Pruys, Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia.
"Kami teruja untuk menganjurkan IKEA Sleepover pertama kami di seluruh negara, di mana pelanggan berpeluang mengalami penyelesaian bilik tidur kami secara langsung. Kami berharap acara ini akan melonjakkan pengalaman IKEA ke aras baharu, dalam usaha kami untuk membawa IKEA lebih dekat kepada pelanggan dengan cara baru dan mengujakan.”
Sorotan Utama
Bagi menawarkan pengalaman bermalam yang benar-benar eksklusif, setiap gedung IKEA telah menganjurkan satu acara utama yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Kemuncak acara di IKEA Cheras adalah penampilan khas hos rancangan bual bicara MeleTOP yang popular, Nabil and Hawa. Dalam segmen satu jam itu, Nabil dan Hawa telah berkongsi rutin dan tabiat tidur mereka, berlawak jenaka, serta melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama penonton.
Sementara itu, para peserta di IKEA Damansara mempunyai peluang keemasan untuk menyaksikan rakaman langsung Mamak Sessions, podcast popular yang dihoskan oleh pencipta konten Malaysia, Jinnyboy.
Para peminat cukup terhibur dengan interaksi penuh lawak jenaka antara Jinnyboy dengan Shu Faye, Ryan dan Jobroseph yang merupakan hos bersama, semasa mereka membincangkan segala topik yang dibual oleh kebanyakan orang apabila tidak dapat tidur.
Pengamal seni pasir, Loong Bee telah membawa penonton di IKEA Tebrau ke satu dunia penuh keajaiban dan imaginasi melalui persembahan seni pasir yang memukau, manakala Treasure Hunt dengan cabaran-cabaran mendebarkan telah disediakan untuk menghiburkan ahli IKEA Family di IKEA Batu Kawan.
Seorang Pakar Tidur IKEA telah meraih perhatian di IKEA Damansara dan IKEA Cheras dengan berkongsi tip-tip berguna untuk mencapai tidur lebih lena, yang termasuk keselesaan, pencahayaan, suhu, bunyi, kualiti udara, warna bilik dan perabot, yang sesuai yang membentuk enam unsur penting untuk menjamin tidur berkualiti.
Satu Malam yang Diwarnai Muzik dan Barisan Aktiviti yang Menghiburkan
IKEA Sleepover membuka tirai dengan penuh kemeriahan, dengan menampilkan persembahan pemuzik-pemuzik tempatan yang hebat. Pemuzik Sarawak, Alena Murang, mewarnai ruang IKEA Damansara dengan melodi sape yang indah, manakala kumpulan indie The Venopian Solitude menghiburkan pengunjung di IKEA Cheras dengan persembahan unik yang menyatukan bunyi elektronik dengan instrumen tradisional mereka.
Di IKEA Tebrau pula, penonton berpeluang menikmati persembahan retro yang memukau daripada kumpulan Malaysia, Babychair, manakala kumpulan rock alternatif Capt'n Trips dan The Kid juga berjaya mencuri hati orang ramai dengan suara unik mereka di IKEA Batu Kawan.
Sleepover itu tidak sah kalau tanpa aktiviti yang menyeronokkan. Jadi, IKEA Sleepover telah menawarkan pelbagai aktiviti bertemakan waktu malam bagi menghiburkan para peserta, yang direka khas untuk membantu menjana tidur yang lena. Tidak kira yoga tidur, urut badan, ataupun bengkel garam mandian, ada sesuatu untuk semua!
Acara Tidur Bermalam yang Lain daripada yang Lain
“Peluang untuk bermalam di IKEA hanya berlaku sekali dalam seumur hidup! Barisan aktiviti dan persembahan yang disediakan menjadikan pengalaman ini lebih tidak dapat dilupakan. Dalam semua keseronokan ini, saya telah mempelajari bahawa tidur lena melibatkan langkah-langkah kecil seperti melakukan rutin malam yang santai dan mewujudkan persekitaran yang tenang untuk diri sendiri.
"Saya amat terhibur dengan IKEA Sleepover, dan menanti-nantikan lebih lagi aktiviti menarik yang disediakan oleh IKEA pada masa depan,” kongsi Jayne, ahli IKEA Family yang menghadiri IKEA Sleepover di IKEA Cheras.
Pendaftaran untuk IKEA Sleepover telah dibuka untuk ahli IKEA Family pada 2 Oktober 2023, dan sebanyak 1,942 penyertaan telah diterima.
Amri Hassan
Wed Oct 25 2023
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Filem The Experts kerjasama dengan Calpis Soda.
Ruhainies Maafkan Netizen Bergosip Tentangnya - “Mereka Tak Nampak Apa Yang Sebenarnya Berlaku..”
Aktres sensasi, Ruhainies mengakui akan memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversi nya baru-baru ini.
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.