UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nabil Ahmad Imbau Fasa ‘Kejatuhan’ Disebabkan Terpalit Kontroversi - “Aku Rasa Sangat Malu Dengan Ibu Bapa…”

Asyikin Mayudin 20/01/2025 | 21:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio Era, Nabil Ahmad mengimbau kembali saat dia berdepan dengan kontroversi suatu ketika dahulu yang menyebabkan ibu bapanya turut kecewa.

Raya seorang diri

Menerusi podcast Raja Lawak, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad berkata, disebabkan pelbagai kisah negatif timbul selepas kontroversi itu, dia pernah menyambut Hari Raya seorang diri.

“Aku pernah raya seorang diri ketika itu. Sedih sangat, macam-macam cerita keluar.

“Arwah bapa aku telefon dia kata, ‘kalau kau berani, kau balik.’ Aku rasa sangat malu dengan ibu bapa aku,” kongsinya.

Tanggung malu

Menurut pengacara berusia 41 tahun itu, pandangan masyarakat terhadapnya juga berubah malah keluarga terpaksa menanggung malu.

“Semasa buat perkara itu, kita tak terfikir tapi bila dah terjadi, aku lupa aku ada ibu bapa dan adik beradik.

“Macam mana orang tengok mereka dalam keadaan bangga ketika aku memang, begitu juga ketika mereka menanggung perasaan malu. Maksudnya, level tu sama naik,” katanya.

Menyesali tindakannya sebelum ini, Nabil memberitahu dia perlu melalui satu fasa hidup yang perit dek kerana kekhilafan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh” - Perselisihan Faham Antara Elly Mazlein & Nabil Ahmad Kembali Jernih Semula

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Video Lama…” - Nabil Ahmad Perjelas Posting Tular Isteri Tanpa Hijab

“Aku memang menyesal gila, rasa lemah dan murung. Pada tahun 2010, nama sudah teruk dan banyak cerita ‘tak sedap’, show dan duit pun jarang ada. Bila orang tengok kita, kita rasa macam kita ini orang jahat,” katanya.

Nabil kemudian menerima tawaran daripada sebuah program realiti komedi dan tidak dapat menahan air mata apabila ibu bapanya hadir memberi sokongan.

“Masa minggu kedua ketiga, ibu bapa aku datang dan aku menangis. Mereka datang nak sokong aku. Sedih sangat masa itu,” ujarnya.

undefined
#Nabil Ahmad #Kontroversi #Ibu Bapa #Fasa kejatuhan #Nabil kontroversi
;