Nabil Ahmad Sembelih 3 Ekor Lembu, 5 Ekor Kambing - "Saya Tiada Pengorbanan Terbesar Tapi Isteri Saya ..."
Amri Hassan
20/07/2021 05:34 MYT
20/07/2021 05:34 MYT
Pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad istiqamah melaksanakan ibadah korban pada tahun ini biarpun negara dilanda pandemik COVID-19.
Tidak pernah terlepas kata Nabil, dia bersyukur kerana masih mampu melakukan ibadah tersebut dengan cara yang berbeza.
"Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini saya tak pernah terlepas melakukan ibadah korban cuma tahun ini Negeri Sembilan tangguh ibadah korban, di sini pun tak boleh buat.
"Jadi kita cari tempat boleh buat, memang ada buat korban tahun ini. Tiga ekor lembu dan lima ekor kambing," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nabil turut mengulas mengenai erti korban dan pengorbanan terbesar yang pernah dilakukannya dalam hidup.
"Sebenarnya bila dah belajar, ikut kelas, cerita Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail cerita tentang taat kita kepada Allah taala.
"Jadi, korban ini ketaatan kita kepada Allah, kita hidup atas dunia ni apa Allah cakap kita tak perlu nak persoalkan, kita taat dan buat, solat, korban, puasa, zakat...
"Pengorbanan saya paling besar rasanya tak ada, tapi isteri saya buat paling besar. Dia tinggalkan kerja dia untuk jadi suri rumah, jaga anak-anak saya, dia tekan nafsu dia tidak berfoya-foya duduk rumah.
"Saya nampak dan hargai, pengorbanan anak-anak saya sabar macam-macam. Orang sekeliling saya banyak berkorban untuk saya," tambahnya.
Nabil dan isteri, Zira telah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Naira Mikayla, 8, Layla Medyna, 5, dan Mishall Imani, 2.
Selain itu, Nabil menyifatkan pelakon dan kru filem arahan pertamanya antara sebahagian individu yang telah berkorban masa demi menjayakan naskhah terbabit.
Nabil duduk di kerusi pengarah menerusi filem sulungnya Mat Bond Malaya yang mula ditayangkan pada hari ini!
Mat Bond Malaya dijayakan oleh juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu (Boboy) dan Elizabeth Tan.
Mat Bond Malaya mengisahkan tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.
Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr Ebel.
Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.
Saksikan filem Mat Bond Malaya yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 20 Julai 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook,Twitter Astro Shaw.

#Nabil Ahmad
#Elizabeth Tan
#Isteri
#Kambing
#Zira
#Korban
#Naqiu
#PKP
#Duduk rumah
#Lembu
#Mat Bond Malaya