Nabil Ahmad Terima Kejutan Awal Sambutan Hari Lahir Di Set Meletop

Zulaikha Yusof
September 26, 2018 12:57 MYT
Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini.
Menerusi entri di Instagram Meletop, Nabil telah mendapat kejutan awal sempena ulang tahun kelahirannya ketika program berlangsung semalam.
Isteri Nabil, Zira Ayub bersama dua orang anaknya, Nayla Mikayla dan Layla Medina turut hadir ke set Meletop untuk meraikan detik istimewa itu.
Situasi itu menyebabkan hos Meletop itu kelihatan terkejut dengan kehadiran ahli keluarganya.
Rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Nabil.
#Nabil Ahmad #Pelawak #Pengacara