Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

Asyraf Roslan
30/08/2024 09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.

Ini juga pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi seorang anggota badan uniform.

“Selepas menyarung uniform APMM untuk sesi latihan dan raptai, saya dapat merasakan aura yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Rasa begitu segak dan dihormati bersama dengan anggota yang lain.

Tunjuk ajar diberikan oleh APMM juga sejujurnya memberikan satu ilmu baru untuk saya menyelami kehidupan mereka sebagai seorang anggota badan keselamatan.

“Saya juga ucap terima kasih kepada APPM yang sudi beri tunjuk ajar kepada saya cara-cara berkawad dan tabik hormat untuk perarakan hari kebangsaan tahun ini.

Semoga pembabitan kami ini dapat memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan yang menjadi acara tahunan ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia yang bersemangat untuk meraikannya, katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Radio ERA Azah Sahrin berkata pemilihan 3 Pagi ERA bersesuaian kerana mereka ingin rasai pengalaman sebagai serorang anggota badan uniform APMM yang mempunyai daya hormat tersendiri.

ERA juga ingin tampil kelainan untuk sambutan Hari Kebangsaan ke 67 dengan menyertai perbarisan bersama dengan agensi keselamatan yang lain.

“Pengalaman yang 3 Pagi ERA kecapi ini dapat memberikan satu warna kepada kehidupan mereka.

Selalunya mereka melihat secara langsung di lokasi perhimpunan mahupun di televisyen tetapi kali ini mereka turut serta dalam perbarisan itu.

Sebelum terbabit dalam perbarisan berkenaan, 3 Pagi ERA menjalani latihan raptai dua hari sebelum acara tahunan itu diraikan, mereka perlu memakai uniform APMM dengan betul dan berkawad dengan hasil tunjuk ajar agensi keselamatan ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada APMM kerana memberi ruang dan peluang kepada 3 Pagi ERA menyertai perbarisan hari kebangsaan tahun ini.

Ia satu penghormatan luar biasa diberikan APMM kerana mereka antara agensi keselamatan negara yang akan pastikan situasi perairan negara berada dalam keadaan aman dan teratur.

Dengarkan 3 Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.
#Nabil Ahmad #Hari Kebangsaan #APMM