Hiburan

Nabil Ahmad Tinggalkan MeleTOP?

gempak
Kamaruddin Razal
23/05/2018
08:14 MYT
Sponsor Banner
Nabil Ahmad Tinggalkan MeleTOP?
Sinonim dengan program MeleTOP, pengacara Nabil Ahmad sudah mengendalikan program tersebut semenjak tahun 2012.
Serasi dengan pengacara bersama, Neelofa, terdengar ura-ura yang mendakwa Nabil bakal menamatkan kontrak sebagai pengacara rancangan tersebut.
Bertemu dengan Nabil di majlis Jakel Barulah Raya di Jakel Mall baru-baru ini, lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan itu menangkis dakwaan terbabit.
"Saya baru sahaja memperbaharui kontrak untuk mengendalikan program MeleTOP sehingga tahun 2019. Alhamdulillah, rezeki saya masih di sini dan saya tidak berniat untuk meninggalkan program ini.
"Saya pun tak tahu dengan dakwaan tersebut atau tak pernah mendengar jika tempat saya bakal digantikan dengan pengacara lain.
"Jika betul pihak produksi MeleTOP mahukan wajah baru untuk menggantikan saya, sudah pasti saya tahu dahulu dari pihak produksi," kata Nabil.
Mengekalkan hubungan baik dengan seluruh warga kerja MeleTOP, Nabil tidak berniat untuk meninggalkan program hiburan itu kerana keserasian yang telah dicipta.
"Alhamdulillah, saya sangat senang bekerjasama dengan semua krew dan mereka juga begitu. Setakat ini, tidak timbul sebarang masalah antara kami.
"Adakalanya saya mempunyai komitmen lain dan perlu bercuti dan tempat saya digantikan dengan pengacara lain untuk episod tersebut tetapi semuanya akan saya maklumkan awal.
"Saya sayangkan program MeleTOP kerana keserasian yang wujud semenjak tahun 2012 lagi," katanya lagi.
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @jakeltextile
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024