HIBURAN

Nabil Aqil Tolak Dakwaan Terlibat Isu Bau Badan Pelakon Baharu - “Bukan Kami Ya”

Ainun Md Zooki 25/07/2025 | 06:55 MYT
Pelakon Nabil Aqil menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan kenyataan pelakon Harissa Adylnn yang sebelum ini mendedahkan pernah berlakon bersama pelakon baharu yang mempunyai masalah bau badan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nabil, 27, menarik perhatian netizen apabila secara spontan menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, walaupun Harissa tidak menyebut sebarang nama, namun dia dan pelakon Daniel Fong turut terpalit dalam kontroversi tersebut.

“Bukan awak kan Daniel? Bukan kami ya,” katanya.

undefinedMeninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan bekas peserta Hero Remaja 2017 itu yang membuat penjelasan di hadapan Harissa.

Selain itu, netizen turut mempersoalkan riak wajah Harissa yang tidak memberi sebarang respon.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

#Nabil Aqil #Badan #Bau #Nafi #Harissa Adylnn