Pengacara Nabil Mahir mendedahkan dirinya dan aktres Ayda Jebat selesai menjalani kuarantin diri selepas disahkan negatif Covid-19.

Menurut Nabil, selama 14 hari terasing dia sangat mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) bagi menjaga keselamatan ahli keluarga yang lain.

"Alhamdulillah kami negatif daripada Covid-19! Sebenarnya Nabil dah 14 hari locked up kat dalam bilik tak keluar.

"Apa-apa yang dihantar ke bilik seperti makanan dan bekasnya, tak keluar dah. Siap beli tong sampah besar supaya sampah pun tak keluar dari bilik ni. Sangat jaga SOP sebab pentingkan keselamatan keluarga dan orang lain.

"Dulu kuarantin kat rumah 3 bulan masa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 (MCO) dah 1 pengalaman tetapi bila kuarantin kat bilik ja sorang adalah pengalaman baru. Walauapapun, alhamdulillah semuanya dah selesai dan baik-baik saja," tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, bekas pengacara program hiburan HLive! mengingatkan agar semua pihak menjadi seorang yang bertanggungjawab bagi mencegah wabak merbahaya itu.

"Tolonglah semua, tolong jaga diri dengan ikut SOP. Hanya dari perbuatan kita sendiri yang kita dapat kalahkan isu pandemik ini.

"Kalau ada berdekatan dengan kes positif Covid-19, tolong la guna akal yang ada untuk kuarantinkan diri.

"Sedih dan marah bila tengok makhluk yang tak bermoral seperti orang yang dah pakai gelang pink tapi nak keluar macam biasa. Jangan jadi punca kluster baru.

"Mari kita hentikan pandemik ini. Jagalah kebersihan. Tingkatkan moral. Disiplinkan diri. Kita boleh menang," tulisnya lagi.

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)


Sebelum ini, menerusi entri 25 November lalu, pelantun lagu Pencuri Hati itu memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan beberapa tuntutan kerja kerana sedang menjalani kuarantin kendiri.

"Your babygirl self quarantine. Minta maaf semua kerja terpaksa ditangguhkan. Yang mana boleh selesai online, kita buat online. Stay safe semua," katanya.