Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Nabil Mahir Jalani Pembedahan, Pengikut Mendoakan Segera Sembuh

Zulaikha Yusof
27/12/2019 01:51 MYT
Pengacara Nabil Mahir mendedahkan telah selamat menjalani pembedahan semalam.

Nabil bagaimanapun tidak menyatakan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir memaklumkan perkara itu menerusi ruangan Instagram (IG) miliknya selepas usai pembedahan itu.

"Alhamdulillah pembedahan dah selesai dan saya berasa makin sihat," tulisnya secara ringkas.

Alhamdulillah operation dah selesai and I’m feeling better. ?

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on


Menerusi entri tersebut, rata-rata pengikut Nabil melahirkan rasa risau dan mereka berharap agak dia segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya.

"Sakit pun still happy go lucky. Apa-apa pun moga cepat sembuh.

"Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh.

"Kenapa bro? Apa pun semoga cepat sembuh dan sihat. Stay strong bro," antara komen-komen netizen.

Di samping itu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut memuat naik foto dan beberapa video di Instagram Stories ketika menziarahi Nabil.

Nabil dan Ayda akui sedang menjalin hubungan cinta selepas mula rapat beberapa bulan lalu.
#Sakit #Sakit #Nabil Mahir
;