gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Minyak Zaitun Palsu Ancam Kesihatan, Penyelidik Bongkar Fakta Mengejutkan
HIBURAN
Pemain Keyboard Ungu, Gatot Kies Meninggal Dunia
HOLLYWOOD
Pelakon Jual Sabun Daripada Air Bekas Mandian Sendiri - "Kalian Asyik Tanya, Jadi Saya Simpan"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

gempak
Umirah Halim
26/05/2024
03:22 MYT
Sponsor Banner
Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia
Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri,37 dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad ini.
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi satu hantaran di platform Facebook.

“Assalamualaikum, dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan adik saya, Nabil Bin Zamanhuri telah pulang ke rahmatullah pagi ini. Waktu solat jenazag dan pengebumian akan dimaklumkan kelak. Doakan adik saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, pihak Gempak masih dalam usaha untuk menghubungi keluarga terdekat bagi mengesahkan punca kematian arwah.
Sepanjang hayatnya, arwah Nabil telah berkhidmat bersama Astro selama 5 tahun sebagai Digital Strategist dan Content Development Unit untuk saluran Melayu.
Ia termasuk mengelolakan kandungan digital untuk rancangan signature Astro seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.
Selain itu, arwah Nabil juga pernah melibatkan diri dalam bidang seni nyanyian menerusi rancangan Mentor musim pertama yang mana beliau berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti tersebut.
Di samping itu, arwah turut pernah menjadi pengacara di dalam sebuah rancangan mingguan tempatan dan pernah membintangi beberapa drama TV.
Arwah Nabil telah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata.

Berita Trending: Malaysia4Palestin: “Saya Tak boleh Tidur, Menangis…” - Syafinaz Selamat

Berita Trending: Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ Berhenti Secara Tiba-Tiba, Keluarga…
Topic Berkaitan
#Nabil
#Meninggal
#Dunia
#Zamanhuri
Must-Watch Video