Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Nabila Huda Berhenti Jual Kek?

Syafiqah Jalal 16/07/2020 | 04:20 MYT
Pelakon Nabila Huda mengumumkan segala tempahan bagi perniagaan kek pisang yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tamat.
Namun Nabila berkata selepas ini dia hanya membuat kek jika ada permintaan dan tempahan sahaja.
“Cuma nak beritahu, kek pisang yang saya jual sudah pun selesai semua tempahan dan sudah tamat perkhidmatan.
“Kami cuma ambil tempahan istimewa atau hanya jika ada yang buat permintaan dan tempahan. Boleh isi google form jika berminat.
“Terima kasih kepada yang menyokong dari hari pertama kami mulakan perniagaan iaitu ketika PKP dilaksanakan,” katanya.
Anak kepada penyanyi lagenda rock Amy Search itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto suaminya, Mohd Izwan Johar yang sedang memegang kek tersebut.
Tambah Nabila lagi dia amat merindui tempoh PKP sebelum ini yang mana dia dapat meluangkan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga.
“Bila kite flashback balik masa kita semua duduk rumah tak boleh keluar, best gila kan??!!
“Semua orang bonding with each other, masak and makan macam-macam..
“Now everyone dah back to normal routine! Chaos here and there..I don’t like it. Boring but it’s ok, hidup kena diteruskan!” luahnya lagi.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak, Keisha.

Hi guys..Selamat Pagi!! Just wanna let you guys know, @hippiesbananacake dah selesai all orders dan tamat Sudah perkhidmatan.Kami cuma amik special order or by request. Boleh isi google form kat link on my profile ok Kalau Nak..Thank you for all your support from day 1 during our lovely PKP. Bila kite flashback Balik masa time kite semua Duduk rumah tak boleh klua, best gila kan??!! Semua orang bonding with each other,masak and makan macam-macam..Now everyone dah back to normal routine!Chaos here and there..I don’t like it..Boring..but it’s ok, hidup kena Diteruskan! Jadi Untuk teruskan Hidup, korang kena get ready sebab @sambalisabella akan buat korang #rasaingoyangnya tak lama Lagi!!! Haaa standby guys.. @sambalisabella is back!!! Take care guys!?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

#Nabila Huda #Kek #Jual
;