Laman Utama

Nabila Huda Dedah Azam Tahun Baru Dah Tak Mahu Berlakon? “Nak Jadi Isteri Sepenuh Masa…”

gempak
Shahrin Zulkifle
27/12/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
Nabila Huda Dedah Azam Tahun Baru Dah Tak Mahu Berlakon? “Nak Jadi Isteri Sepenuh Masa…”

Setiap kali tibanya tahun baharu, sudah pasti setiap daripada kita mempunyai azam dan matlamat yang ditetapkan.

Begitu juga dengan pelakon Nabila Huda yang menjelaskan bahawa tahun 2023 akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sihat.

“Habis je shooting 10 Januari nak mula semula dengan pliates (gimnastik kesihatan) dan muay thai. Akan ku penuhkan jadual dengan aktiviti sihat,” katanya.

Nabila berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.

Dalam masa sama, aktres berusia 38 tahun itu berseloroh mengatakan bahawa dirinya sudah ‘malas’ untuk berlakon. Bagaimanapun tidak menolak sekiranya diberikan tawaran yang menarik dan skrip yang hebat.

Malah, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu turut berhasrat untuk menghabiskan masanya di rumah dengan menjadi isteri sepenuh masa.

“Saya sangat malas nak bekerja, tapi kalau better offer, skrip yang bagus, produksi yang best go je lah.

“Kalau tak duduk rumah je, penuhkan dengan aktiviti yang bermanfaat. Nak jadi isteri sepenuh masa, hantar anak pergi sekolah dan lain-lain lagi.

“Apa-apa pun perancangan boleh berubah, ikut mood saya. Ini je azam 2023 saya,” katanya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live