Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nabila Huda Kecewa Netizen Pertikai Dapat Suntikan Vaksin Selepas Sembuh COVID-19 - "Jangan La Cakap Petugas Sana Tak Ikut Prosedur"

Zulaikha Yusof
08/06/2021 02:50 MYT
"Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas positif Covid-19? Saya keliru."

Itu salah satu respon yang ditulis oleh warganet selepas pelakon Nabila Huda, 36, berkongsi hantaran di Instagram (IG) telah mendapat suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada Ahad lalu.

Rata-rata netizen mempersoalkan adakah Nabila dibenarkan menerima suntikan vaksin meskipun sembuh dari virus Covid-19 dalam tempoh kurang tiga bulan.

"@aiyyyun: Doktor yang suntik awak perasan tak yang awak positif Covid sebelum ini?

"@fatinjamalabdulnasir: Kak Abil bukan ka kalau baru positif kita kena tunggu tiga bulan untuk amek vaksin?

Menjawab kekeliruan itu, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil menyatakan dia kurang pasti mengenai situasi tersebut.

"Saya tidak pasti. Saya hanya pergi sahaja mengikut tarikh yang diberikan dalam MySejahtera. Alhamdulillah mereka tidak cakap apa-apa pun.

Bagaimanapun, pelakon filem M4M4 menegaskan dia sudah memaklumkan kepada petugas kesihatan bahawasanya dia merupakan bekas pesakit Covid-19.

"Saya sudah 'declare' kepada doktor yang ada dekat sana masa ikut proses sebelum ambil vaksin. Jangan pandai-pandai nak cakap benda bukan-bukan. Tolong jangan tanya.. sedih la macam ini. Dah dapat vaksin pun jadi persoalan ka? Saya update MySejahtera setiap masa masa positif itu. Dah saya dapat tarikh tu nak buat macam mana? Salah saya ke rezeki saya dapat vaksin ni?" balas Abil di ruangan komen.

Sebelum ini, pada Februari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, bekas pesakit Covid-19 boleh dipertimbangkan untuk menerima suntikan vaksin sekiranya tiada antibodi dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.
#Nabila Huda #Vaksin #COVID-19 #Bekas Pesakit #Astrazeneca
;