Aktres berkaliber Nabila Huda mengaku sempat serba salah merancang sambutan Aidiladha yang disambut hari ini.
Hal itu lantaran dia memiliki dua keluarga berasingan yang sama penting dalam hidupnya.
Pertama adalah ibunya, Faridah Fadzil yang merupakan bekas isteri bapanya, Amy Search. Dan kedua Nabila atau Abil juga mahu menyambut Aidiladha bersama Amy.
BACA: [VIDEO] "Bangga Dengan Pakaian Tradisional Kita!" - Letup! Nabila Huda 30 Hari 30 Kebaya Di New York
Namun dirinya lega selepas berbincang dengan ibunya yang memilih untuk meraikan Aidiladha bersama sahabat-sahabatnya.
“Saya pada awalnya risau sebab kalau boleh nak beraya (pagi raya) dengan mak dan daddy. Tapi bila borak dengan mak dia beritahu nak beraya dengan sahabat-sahabatnya jadi saya boleh pilih nak beraya dengan siapa dan di mana-mana,” kata Nabila sewaktu ditemui media baru-baru ini.
Tambah Abil oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk ‘berkampung’ di kediaman bapanya, Amy Search.
BACA: Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Nabila Huda Beli Vitamin Untuk Hamil - "Orang Pergi London Beli Baju, Beg Tangan Berjenama La..."
“Sebenarnya saya pun agak lega kerana sudah berhari raya dengan mak yang pertama kali ikut beraya di Singapura bersama besannya Syawal lalu.
“Jadi tahun ini saya, suami dan Keisha check in rumah papa malam raya. Kami masak bersama-sama dan sambut Aidiladha. Dapatlah papa dengan mummy beraya dengan cucu mereka,” katanya lagi.
Maliah Surip
Thu Jun 29 2023


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi