Gaya Hidup
Nabila Huda Paksa Jihan Muse Pakai Kain Batik Pergi Pasar
Hos program Awak Kat Mana, Nabila Huda paksa Jihan Muse memakai kain batik dan baju kurung Kedah untuk pergi ke pasar untuk membeli barang masakan.
Jihan enggan memenuhi permintaan Nabila atau Abil pada mulanya, namun terpaksa akur apabila anak penyanyi rock lagenda Amy Search itu terlebih dahulu menyediakan pakaian untuknya.
Aksi mereka berkain batik dan berbaju kurung kedah telah menarik perhatian pengunjung pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara.
Resepi Memikat Suami (RMS) episod ketiga petang ini menyaksikan Abil menyediakan Sambal Masak Hitam dan Kuih Bakar untuk menambat selera dan hati suaminya, Mohd Izwan Johar.
Sepanjang berada di dapur, Jihan tidak habis-habis mengusik Abil yang berubah karakter ketika memasak.
Abil yang selama ini dikenali sebagai seoranng yang ranggi dan ceria, tiba-tiba berubah menjadi sopan di dapur.
Jihan terkejut apabila melihat Abil tidak kekok malah bersahaja ketika menyediakan bahan masakan dan menyiapkan hidangan untuk Izwan.
Banyak lagi aksi menarik Jihan dan Abil yang boleh disaksikan dalam RMS petang ini dan jangan lupa untuk menonton program masakan lain dari yang lain ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store (pengguna Apple) dan Google Play (pengguna Adroid), menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.
Must-Watch Video