Kalau sudah namanya pelakon hebat, apa sahaja sanggup dilakukan untuk menjayakan sesuatu watak yang diberikan.

Pujian seperti ini boleh diberi kepada aktres Nabila Huda apabila dia sanggup memotong rambut bahagian depannya untuk menjayakan watak Maimon dalam filem Telaga Suriram.

Selain mengubah gaya rambut agak drastik, Nabila turut membiasakan diri untuk tidak bercakap dengan orang di sekitarnya bagi mendalami watak seorang ibu yang mengalami trauma.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


“Saya ambil masa yang agak lama juga untuk buat keputusan nak potong rambut atau tidak. Sejujurnya, saya tidak pernah memotong gaya rambut macam ni. Tetapi, saya boleh nampak Maimon dalam gaya sebegini.

“Agak pelik jugalah apabila bangun tidur melihat bahagian depan rambut akan naik tercacak akibat terlalu pendek. Tapi rambut kan boleh tumbuh semula?,” katanya yang turut membuang sambungan bulu matanya demi menjayakan watak tersebut.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem Telaga Suriram termasuklah Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Alyahya.

Melanjutkan bicara, Nabila berkata, tawaran yang diberikan oleh pengarah Osman Ali bagi menjayakan watak seorang wanita bisu memang amat sukar untuk ditolak.

“Apabila saya ditawarkan untuk membintangi watak bernama Maimon yang bisu, saya memang nekad nak buat sebab saya rasa filem ini sesuatu yang luar biasa.

“Dalam masa yang sama, saya juga sudah lama menantikan filem dengan watak seperti ini. Sebab tu saya memang tak sabar nak tengok macam mana agaknya abang Osman mahu ‘bisukan’ orang yang banyak cakap macam saya ni,” katanya lagi.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​