Nabila Huda Tak Setuju Konsert Artis Antarabangsa Dibatalkan - "Banyak Benda Yang Perlu Diberi Perhatian Untuk Negara"
Shahrin Zulkifle
27/08/2022 03:00 MYT
27/08/2022 03:00 MYT
Pelakon popular Nabila Huda menjelaskan dia tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak yang mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert yang akan diadakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.
Menerusi satu ciapan terbaharu di laman Twitter, Nabila berpendapat bahawa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh pihak tersebut adalah sebagai tidak matang.
Malah Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi memberitahu masih terdapat banyak isu utama negara yang lebih penting perlu diberi perhatian berbanding isu penganjuran konsert.
“Kena batal konsert antarabangsa kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu (konsert antarabangsa) yang diberi… tak matang nya,” tulis Nabila.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, menerusi satu ciapan lain, anak kepada penyanyi rock negara, Datuk Amy Search itu turut mempersoalkan mengenai dakwaan konsert antarabangsa yang dikatakan penyebab budaya ‘hedonisme’.
“Konsert antarbangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Oh come on…” kongsinya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Pemuda PAS Malaysia telah membuat kenyataan media di laman Facebook, mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert-konsert yang membawa budaya hedonisme yang akan diadakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.
Menurut Dewan Pustaka Dan Budaya, hedonisme membawa maksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup semata-mata tanpa memikirkan soal agama.