Hiburan

Nabila Razali Ada Limit Kongsi Kebahagiaan Di Laman Sosial - “Suami Saya Pun Ada Berpesan…”

gempak
Asyikin Mayudin
22/03/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Nabila Razali Ada Limit Kongsi Kebahagiaan Di Laman Sosial - “Suami Saya Pun Ada Berpesan…”
Penyanyi Nabila Razali memberitahu dia meletakkan had untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadinya dengan suami, Nik Iruwan Nik Izani di laman sosial.

BERITA TRENDING: Panik Sambut Ramadan Pertama Sebagai Isteri, Nabila Razali Masak ‘Supper’ Bukan Sahur Buat…

Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini, suaminya juga akan memeriksa terlebih dahulu video yang melibatkan dirinya sebelum dikongsikan di laman sosial.
“Macam saya sendiri letakkan had untuk tunjukkan kebahagiaan. Kita risau dan cuba untuk kawal apa yang patut. Kadang-kadang ada saja video yang dah dirakam, dia tanya nak post dekat mana.
“Bila saya cakap dekat TikTok, dia nak tengok dahulu. Sebab dia pun ada juga had untuk berkongsi. Kalau dia kata tak okay, saya macam ‘ala dah kelakar dah ni’ tapi kalau tak boleh, tak boleh la.
“Tapi saya sendiri pun tapisan saya sendiri dan tambahan pula dia,” kata Nabila kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika majlis pelancaran lagu raya pertamanya berjudul Raya Mana? di Aeon Mall Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, Nabila turut berkata suaminya juga berpesan agar hal yang berkaitan dengan rumah tangga mereka tidak perlu dihebahkan di laman sosial.
“Ikutkan kalau video berkaitan saya sendiri, tak ada la dia larang. Tapi kalau berkaitan dengan dia, barulah dia akan ‘filter’ dahulu. Sebab dia pun ada berpesan, kalau hal rumah tangga ini simpan kita saja.
“Yang mana perlu tunjuk itu boleh la. Macam kadang-kadang netizen ini pun buat kita pening kepala juga kan. Tak tunjuk kata lain, kalau tunjuk kata lain.
“Saya cuba buat posting berkaitan dengan suami itu berpada-pada… mengikut pada kesesuaian la,” ujarnya.
Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri pada 18 November tahun lalu dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live