Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Nabila Razali Dedah Kerap Muntah, Rasa Tak Sedap Badan Sebelum Naik Pentas... Eh, Dah Kenapa Tu?

Kamaruddin Razal 09/05/2019 | 22:56 MYT
Penyanyi Nabila Razali mendedahkan dirinya kerap muntah dan rasa tak sedap badan ketika
menunggu giliran untuk membuat persembahan pentas.
Semuanya gara-gara rasa gementar melampau yang dihadapinya kerana kerap berfikir mengenai
penerimaan orang ramai terhadap kemampuannya untuk menyanyi.
"Sejujurnya, saya rasa takut membaca komen netizen yang sering mencari salah saya sehingga satu
tahap, saya rasa gementar sangat kerana berfikir mengenai penerimaan serta kritikan yang bakal
dilemparkan netizen.
"Saya sendiri tak faham, kadangkala ada sesuatu perkara yang tak ada kena mengena dengan diri
saya, tetap saya yang kena... Wujud segelintir netizen yang suka 'petik' nama saya dan libatkan
saya dalam perkara tersebut... Perkara itu berlarutan sehingga sedemikian rupa.
"Perkara itu membuatkan saya gementar sehingga kerap muntah dan rasa tak sedap badan sebelum
memulakan persembahan nyanyian," kata Nabila.
Nabila ditemui ketika rakaman rancangan MeleTOP episod istimewa sempena sambutan Aidilfitri di
Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Pematah Hati ini, dia turut terguris dengan kata-kata kurang enak netizen.
"Saya membaca komen untuk memperbaiki kelemahan saya tetapi kadangkala ada yang melampau.
Memang saya tak ambil peduli, tetapi sebagai manusia biasa, ada kalanya saya terguris.
"Walaubagaimanapun, saya tetap bersemangat memperbaiki kelemahan saya. Saya menghadiri kelas
vokal dan sering bertanya dengan penyanyi senior lain mengenai teknik nyanyian agar saya dapat
kualiti suara yang baik di masa akan datang," katanya lagi.
#Nabila Razali
;