HIBURAN
Nabila Razali & Jack Tan Bersatu Dalam Siri Drama Menyentuh Hati, Senyuman
Dua figura seni tanah air, Nabila Razali dan Jack Tan, bergandingan dalam sebuah siri drama mini berjudul Senyuman yang bakal ditayangkan bermula 7 Ogos 2025 di semua platform media sosial rasmi jenama makanan segera terkenal.
Menerusi tujuh episod penuh emosi dan nilai kemanusiaan, Senyuman membawakan penceritaan multi bahasa yang mencerminkan keunikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan latar budaya.
Diteruskan sebagai kesinambungan koleksi drama digital terdahulu, Senyuman menggabungkan elemen hiburan, naratif jenama dan promosi tawaran bernilai harian melalui aplikasi rasmi jenama tersebut.
Antara tajuk-tajuk popular sebelum ini termasuk Rugi Tau Tak Pakai App McD, Love at McD, Ms App, The Best Deal, dan Kau Sundaeku.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Chin Mei Lee, siri ini adalah kesinambungan komitmen jenama dalam mencipta detik-detik bermakna untuk dinikmati pelanggan.
“Senyuman mencerminkan semangat feel-good kami, kisah yang menghangatkan jiwa, dekat di hati, dan penuh makna. Melalui aplikasi kami, pelanggan dapat menikmati pengalaman lebih mudah dan menyeronokkan dalam kehidupan seharian," katanya.
.jpg)
Dalam drama ini, Jack Tan memegang watak utama Ming, seorang pemuda pendiam dan sukar didekati yang sudah lama tidak tersenyum. Nabila Razali pula membawa watak June, rakan sekerja ceria yang cuba menceriakan hari-hari Ming.
Pertemuan mereka di meja makan menjadi titik permulaan kepada hubungan yang perlahan-lahan menyembuhkan kesepian dan membuka ruang kepada rasa empati serta kehangatan persahabatan. Kemunculan istimewa pelakon Lim Jian Wen turut menyemarakkan lagi penceritaan ini.
“Saya tertarik dengan sisi rapuh dalam watak Ming – ia mencerminkan realiti ramai yang berdepan rasa sunyi dalam diam.
“Senyuman bukan sekadar drama promosi, tetapi satu kisah kemanusiaan yang jujur dan dekat dengan pengalaman ramai,” kata Jack Tan.
Bagi Nabila Razali, ini merupakan kemunculan sulungnya dalam format mini drama seperti ini.
“Saya gembira dapat membawa watak yang menjadi ‘sinar’ dalam hidup seseorang. Berbeza daripada iklan biasa, Senyuman lebih bersifat menyentuh perasaan. Ia tentang momen kecil yang memberi impak besar. Saya rasa segar bila dapat jadi sebahagian daripada kisah yang mengetengahkan emosi dan nilai hubungan, bukan sekadar produk,” jelasnya.
.jpg)
Siri ini turut memperkukuh kehadiran aplikasi rasmi jenama yang kini telah dimuat turun lebih 19 juta kali dengan 1.4 juta pengguna aktif. Aplikasi tersebut memudahkan pesanan, menawarkan promosi harian, dan menjadikan pengalaman pelanggan lebih lancar.
Jangan lepaskan tayangan perdana Senyuman pada 7 Ogos 2025 jam 8 malam! Episod baharu akan disiarkan setiap hari di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube rasmi jenama.
Must-Watch Video