Laman Utama

Nabila Razali Naik Tandu, Resepsi Meriah Bertemakan Jawa!

Amri Hassan
26/11/2023
14:49 MYT
Umpama dibawa ke negeri Bali, itulah tafsiran ringkas tentang majlis resepsi mega pengantin baru Nabila Razali dan suami, Nik Iruwan yang berlangsung di hotel Royale Chulan Damansara pada Ahad.
Menariknya, Nabila yang berbusana jawa putih diarak dengan tandu ketika ketibaannya ke pelaminan sambil ditunggu oleh Nik Iruwan.
Seramai 250 tetamu yang hadir terpegun dengan kecantikan Nabila bak puteri jawa, tak lekang juga senyum di bibir sepanjang diarak 100 meter dari luar dewan ke pelamin.
Hari bahagia pasangan itu dimulakan dengan persembahan kuda kepang sebagai pembuka acara majlis persandingan mereka.
Terdahulu Nabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 18 November lalu.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabila Razali Seronok Beraya Di Kelantan, Suka Panggilan Mek Nab - “Nama Tu Macam Cool Juga Kan”

gempak
17/04/2024
01:55 MYT
Comel pula nama panggilan Mek Nab tu kan.
Viral

Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian - “Comeynyo Mek Nab! Sempoi Bagi Duit Raya Tanpa Sampul”

gempak
14/04/2024
06:57 MYT
Comel je panggil Nabila Mek Nab.
Hiburan

Nabila Razali Dah Ada Jawapan Untuk Soalan Zuriat Di Hari Raya - “Kalau Ada Orang Bertanya, Itulah…”

gempak
09/04/2024
00:55 MYT
Insya-Allah ada rezeki nanti.
Advertorial

Nak Rumah Terbuka Korang Ditaja & Dapat Beraya Dengan Nadhir Nasar, Nabila Razali, Dato' Azizul Awang dan CIMB Octo? Wow!

gempak
28/03/2024
03:25 MYT
Wah bestnya!
Hiburan

Nabila Razali Ada Limit Kongsi Kebahagiaan Di Laman Sosial - “Suami Saya Pun Ada Berpesan…”

gempak
22/03/2024
05:55 MYT
Nabila tidak mahu terlalu terbuka kongsi hal rumah tangga.