Nabila Razali Seronok Beraya Di Kelantan, Suka Panggilan Mek Nab - “Nama Tu Macam Cool Juga Kan”
Mya Amri
17/04/2024 01:55 MYT
17/04/2024 01:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali tidak kisah dengan panggilan ‘Mek Nab’ yang diberikan kepadanya ketika beraya di kampung suami, Nik Iruwan Nik Izani di Kelantan baru-baru ini.
“Gelaran Mek Nab ni bukan saya yang mulakan rasanya, orang yang komen-komen panggil Mek Nab sebab saya beraya di kampung suami di Kelantan pada raya kedua.
“Lima hari saya beraya di Kelantan, jadi bila orang tengok konten yang saya muat naik di media sosial ketika berada di sana, mereka mula mengusik dan berkata habislah Nabila dah jadi Mek Nab.
“Tapi saya rasa nama itu macam cool juga kan. Jadi saya pun cuba panggil diri sendiri sebagai Mek Nab. Bagi saya gelaran itu pun sebenarnya satu perkara yang bagus,” ujarnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Studios bertempat di GSC Mid Valley Megamall pada Selasa.
Dalam pada itu, Nabila juga turut melahirkan rasa syukur kerana dapat menyesuaikan diri dengan keluarga di sebelah suami.
“Alhamdulillah, kerisauan saya sebelum ini untuk beraya di kampung suami sudah jadi sedikit berkurangan.
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat menyesuaikan diri dengan saudara mara di sebelah suami walaupun itu merupakan kali pertama beraya bersama mereka di Kelantan,” kongsinya.
Terdahulu, Nabila menjadi tular selepas gelagatnya menyambut raya di Kelantan di sukai netizen.
Malah Nabila juga mula diberi gelaran sebagai Mek Nab (panggila orang Kelantan) dan nama itu melekat sehingga ke hari ini.
Untuk info, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Suka gelaran Mek Nab
Malah menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, dia amat menyukai gelaran nama yang diberikan oleh netizen itu.“Gelaran Mek Nab ni bukan saya yang mulakan rasanya, orang yang komen-komen panggil Mek Nab sebab saya beraya di kampung suami di Kelantan pada raya kedua.
“Lima hari saya beraya di Kelantan, jadi bila orang tengok konten yang saya muat naik di media sosial ketika berada di sana, mereka mula mengusik dan berkata habislah Nabila dah jadi Mek Nab.
“Tapi saya rasa nama itu macam cool juga kan. Jadi saya pun cuba panggil diri sendiri sebagai Mek Nab. Bagi saya gelaran itu pun sebenarnya satu perkara yang bagus,” ujarnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Studios bertempat di GSC Mid Valley Megamall pada Selasa.
PILIHAN PEMBACA: Nabila Razali Dah Ada Jawapan Untuk Soalan Zuriat Di Hari Raya - “Kalau Ada Orang Bertanya, Itulah…”
Syukur dapat sesuaikan diri dengan keluarga mentua
Dalam pada itu, Nabila juga turut melahirkan rasa syukur kerana dapat menyesuaikan diri dengan keluarga di sebelah suami.“Alhamdulillah, kerisauan saya sebelum ini untuk beraya di kampung suami sudah jadi sedikit berkurangan.
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat menyesuaikan diri dengan saudara mara di sebelah suami walaupun itu merupakan kali pertama beraya bersama mereka di Kelantan,” kongsinya.
BERITA TRENDING: Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian - “Comeynyo Mek Nab! Sempoi Bagi Duit Raya Tanpa Sampul”