Menjadi ibu buat pertama kali bukan mudah bagi wanita-wanita untuk membiasakan diri dengan rutin harian mereka.

Begitu juga dengan pelakon Nad Zainal, dia alami kesukaran ketika berpantang dan dalam masa yang sama kekok hendak menjaga bayinya.

Nad hampir meroyan kerana tertekan dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya.

Namun itu semua adalah lakonan serta watak Nad sebagai Dahlia di dalam drama terbaharu Geng Mak Mak.

Dahlia merupakan seorang wanita bekerjaya namun kehidupannya berubah selepas dia melahirkan anak pertamanya.

Sebelum bersalin, Dahlia yakin dia boleh melakukan semuanya termasuk menjaga anak ketika pantang, namun tanggapan itu meleset sama sekali.

Geng Mak Mak turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sazzy Falak, Rita Rudaini, Elvina Mohamad dan Fatin Afeefa.

Apakah kesudahan kisah Dahlia dalam episod pertama Geng Mak Mak?

Jangan lupa saksikannya di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setriap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.

Set alarm semua, okay? 15 April, di www.gengmakmak.com.my. Korang mesti tengok Geng Mak Mak yang disegarkan oleh Darlie menceritakan pelbagai ragam ibu-ibu hanya untuk orang yang tersayang. Haa.. Tengok jangan tak tengok. #DarlieDoubleAction #GengMakMak

A post shared by NZ (@nad.zainal) on