HIBURAN
Nadeen Ayoub Cipta Sejarah, Wakil Pertama Palestin Di Miss Universe Ke-74
Nadeen Ayoub mengumumkan dirinya akan mewakili Palestin buat pertama kali dalam pertandingan Miss Universe ke-74 yang akan berlangsung di Pak Kret, Thailand pada November depan.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya.
Model berusia 25 tahun itu malah menyifatkan penyertaan mewakili Palestin sebagai detik bersejarah terutama mewakili kebenaran dan ‘suara’ yang tidak pernah mahu senyap terutama mengenai Gaza.
“Saya menyertai Miss Universe bukan tanpa sebab tapi kerana kebenaran. Saya mewakili suara Palestin, terutama di Gaza yang tidak mahu senyap.
“Saya mewakili suara wanita dan kanak-kanak Palestin yang perlu diberi perhatian.
“Kami bukan hanya menderita tetapi bangkit daripada penindasan, terus berharap dan mempertahankan tanah air kami,” tulisnya pada ruangan kapsyen seperti dilaporkan Arab News.
Nadeen yang juga merupakan seorang juru latih kecergasan dan pakar nutrisi yang tinggal di Dubai sebelum ini telah memperoleh gelaran Miss Earth Water di penganjuran Miss Earth di Manila, Fipilina pada 2022.
Dia juga menjadi wanita pertama mewakili Palestin dalam pertandingan tersebut dan dinobat sebagai Miss Palestine pada tahun 2022.