Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.

Kata Nadeera, dirinya teruja apabila dipilih Rocketfuel Entertainment sebagai penyanyi runut bunyi drama yang bakal ditayangkan pada 3 Mei nanti.

“Saya sangat teruja apabila dipilih oleh pihak Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul Framed yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei 2024. Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri," katanya.

BERITA TRENDING: “Kami Tak Pernah Gaduhlah” - Ernie Zakri Okay Dengan Nadeera Zaini, Hormati Antara Satu Sama Lain

Jelas Nadeera, jalan cerita Udara bercerita tentang seseorang yang mencari jawapan atas kehilangan insan tersayang.

“Jalan cerita bagi single Udara ini pula mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri Framed.

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu Udara ini dengan sebaiknya, dan semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya," ujarnya.

Udara merupakan hasil ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K.

Lagu Udara boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula 22 April 2024.

PILIHAN PEMBACA: Didakwa ‘Potong Kek’ Dengan Bekas Pengurus, Ini Respons Nadeera Zaini - “Saya Bersyukur Kerana Berpeluang Memiliki Manager Seperti…”