gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gagal Tahan Air Mata, Noorkhiriah Pilih Jayakan Sendiri Babak Dalam Liang Lahad - “Momen Ini Mahal…”
HIBURAN
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”
BERITA
Kanak-Kanak Enam Tahun Dirogol Ketika Hadiri Majlis Perkahwinan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Nadeera Zaini Dilantik Sebagai Duta Borneo Flora Festival @ Labuan 2025

gempak
Gempak
09/05/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Nadeera Zaini Dilantik Sebagai Duta Borneo Flora Festival @ Labuan 2025

Penyanyi terkenal, Nadeera Zaini dilantik sebagai duta Borneo Flora Festival (BFF) @ Wilayah Persekutuan Labuan 2025.

Festival tersebut dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya, serta disokong oleh beberapa agensi kerajaan lain dan pihak swasta yang berkaitan.

BFF 2025 diinspirasikan daripada Festival Floria Putrajaya dan bertujuan memperkenalkan Labuan sebagai destinasi pelancongan utama di Borneo.

Menurut Ketua Pengarah JWP, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, BFF 2025 merupakan sebuah program yang menyahut hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merancakkan aktiviti sosioekonomi di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Objektifnya adalah untuk kita memperkenalkan dan menarik seramai mungkin pengunjung ke Labuan. Dan sudah tentu apabila kemasukan pelancong yang ramai ke Labuan akan merancakkan aktiviti ekonomi.

"Bukan sahaja ekonomi komuniti tetapi ekonomi Labuan secara keseluruhannya. Kesan 'spill over' akan ketara jadi itu antara matlamat utama kami.

"Kedua, kita juga nak memperkenalkan flora Borneo dan biodiversiti yang bukan sahaja ada di Labuan, malah di Sabah, Sarawak dan kita juga akan cuba untuk bawa dari negara-negara berhampiran," katanya.

Pada masa sama, jelas Noridah, sukarelawan yang terlibat bagi segala aktiviti di BFF 2025 juga akan menerapkan kesedaran tentanya pentingnya untuk menjaga biodiversiti, anak dan mengekalkan kelestarian alam.
Acara utama festival ini akan diadakan di Taman Rekreasi Sukan Laut Labuan, dengan lebih 200,000 spesies flora dan fauna bakal dipamerkan kepada para pengunjung.

Sebanyak 20 tema floral menarik akan dipersembahkan, termasuk ‘Permata Hutan Hujan Borneo’, ‘Taman Magikal’, ‘Taman Cahaya Malam’, ‘Dunia Bawah Laut’, ‘Taman Instagram’, ‘Bazar Artistik’, ‘Bazar Bebas Cukai’, dan ‘Kem Oase Mewah’.

Borneo Flora Festival @ Wilayah Persekutuan Labuan 2025 akan berlangsung pada 26 hingga 30 Julai ini.

Sumber: Astro AWANI

Topic Berkaitan
#Nadeera Zaini
#Duta Borneo Flora Festival
Must-Watch Video