Nadia Annuar Muat Naik Gambar Tanpa Tudung Sempena Hari Lahir
Izwan Isa
26/05/2023 13:44 MYT
26/05/2023 13:44 MYT
Pengacara Nadia Annuar memuat naik gambar tanpa mengenakan tudung sempena dengan hari lahirnya yang ke-39.
Menerusi kemas kini di Instagram, Nadia berkata, apa yang kita fikirkan sebagai satu kekuatan boleh juga menjadi satu kelemahan.
“Alhamdulillah, setahun lebih dewasa. Apa yang kita fikir sebagai kekuatan kita boleh juga menjadi kelemahan yang besar.
“Saya telah melalui banyak hal sepanjang tahun lalu. Saya buat banyak kawan dan musuh. Saya belajar sesuatu daripada itu.
“Keputusan perlu dibuat. Ada yang baik dan ada yang buruk tapi perlu dibuat. Sementara saya ambil apa yang buruk sebagai kekurangan saya, saya harap Allah SWT akan terus mengurnialan saya kekuatan untuk terus hidup dengan cara yang Dia inginkan,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, pelakon Lufya meninggalkan komen untuk Nadia.
“Allah uji sebab Allah sayang. Jangan putus asa sayang dengan rahmat Allah. Moga Allah titipkan taufik dan hidayah pada diri kita.
“Berdamai dengan diri kita Semoga Allah berikan cahaya pada jalan Nya. My prayers with u sister. Take care,” katanya.