Pelakon berbakat seperti Nadia Aqilah, Amar Asyraf, Dr. Norzizi Zulkifli dan Taiyuddin Bakar bakal menjayakan Projek Teater YOEP 'Tribut Syed Alwi' yang akan berlangsung pada 27 sehingga 30 Disember ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Projek Teater YOEP 'Tribut Syed Alwi' merupakan sebuah persembahan yang bertujuan memperingati jasa dan mengenang sumbangan Seniman Negara ke-5 (2002), Allahyarham Datuk Syed Alwi Syed Hassan terhadap perkembangan seni drama Malaysia.

Jom lah tgk saya @yusmaryusof @naque_ariffin @taiyuddinbakar @norzizizulkifli @missnadiaaqilah berlakon kat klpac minggu depan! Di arahkan oleh @rosdeenbinsuboh ! #yeop #yeopklpac boleh hubungi no yang tertera!

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) on


Persembahan akan mengangkat tiga (3) naskah terpilih iaiti drama Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) dan Going North (1980) dan akan dipentaskan dengan konsep forum teater.

Konsep teater forum adalah bersifat interaktif antara pelakon, watak dan penonton dalam semasa persembahan berlangsung. Ia bertujuan bagi menangani isu-isu yang diutarakan berdasarkan tiga naskah iaitu Menuju utara, Alang Rentak Seribu dan Tok Perak.

Semasa persembahan, teknik Forum teater akan dibuat bagi mendapat cadangan, pandangan dan cerita sebenar terhadap persoalan yang ada dalam tiga naskah ini dan dikaitkan dengan persoalan yang berlaku didunia sebenar.

Juga akan diutarakan isu seniman Negara dan karya-karyanya termasuk perjalanan hidup Syed Alwi sehingga saat kematiannya.

Gabungan isu dari tiga naskah ini dengan teknik forum teater akan membawakan satu revolusi baru dalam struktur persembahan dan suntikan baru kepada isu-isu yang diutarakan dalam karya Syed Alwi.

Selain Nadia Aqilah, Amar Asyraf, Dr. Norzizi Zulkifli dan Taiyuddin Bakar, teater arahan Dr. Rosdeen Suboh ini juga akan menampilkan Naque Ariffin dan Yusmar Affendi.

Untuk mendapatkan tiket berharga RM50 dan RM60, hubungi 03-40479000, beli di kaunter KLPAC Box Office atau layari www.proticket.com.my