Skip to main content

Berita Tempatan

Nadia Aqilah Selamat Lahirkan Bayi Sulung

nadiaaqilahbersalin.jpg
Pelakon Nadia Aqilah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh penerbit dan pelakon Puan Seri Tiara Jacquelina.

“Tahniah  Nadia Aqilah  dan  @dunyaduan . Tak aci tau, macam mana orang yang baru lepas bersalin boleh nampak cantik?

“Bagaimana pun, mewakili keluarga PGL (Puteri Gunung Ledang) Musical, kami sangat gembira apabila mendapat tahu Nadia dan baby berada di dalam keadaan yang baik dan sihat,” tulisnya.

Tiara turut memuat naik foto Nadia yang berada di hospital selepas melahirkan bayinya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikut Tiara yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Nadia.

Nadia merupakan pelakon PGL Musical pada tahun 2005.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan  pengarah muzik, Saiful Ridzuan pada 20 April 2018
 

Advertisement

Must-Watch Video