Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Nadia Brian Cedera, Terpaksa Bergerak Guna Kerusi Roda

ZULHILMI JALIL 09/07/2020 | 06:04 MYT
Pelakon Nadia Brian mengalami kecederaan pada bahagian kaki ketika sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di Pekan, Pahang semalam.
Menurut Nadia, 29, kaki kirinya terseliuh akibat terjatuh ketika bermain badminton dalam satu insiden yang berlaku kira-kira pukul 6 petang.
"Ketika saya tengah tunggu giliran untuk babak seterusnya, saya bermain badminton. Entah macam mana, ketika melompat salah landing pula. Terseliuh pada bahagian kaki.
"Kaki saya terus bengkak bertukar warna biru. Itu yang saya terus dibawa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Menurut Nadia, doktor kemudian memberikannya cuti rehat selama lima hari sebelum boleh meneruskan penggambaran semula.
"Doktor kata tisu kaki saya cedera. Kaki ni pun masih berbalut. Saya tak boleh nak berjalan sebab sakit sangat. Ini saya bergerak pun pakai kerusi roda.
"Buat masa ini, pihak produksi terpaksa tarik jadual dulukan babak pelakon lain dulu sebelum saya boleh masuk ke set semula," katanya yang sudah tiga minggu berkampung di Pahang.

Nadia jadi DOP on ke tak on? #RudyVSJolie #NadiaBrian

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian) on

Menurut Nadia, dia dijangka akan berada di Pahang sehingga tamat penggambaran drama bersiri Rudy VS Jolie hujung bulan ini.
Terdahulu, pengarah drama tersebut, Shuhaimi Lua turut berkongsi berita mengenai insiden yang melibatkan pelakonnya itu di Instagram.

Get well soon @nadia.brian. Satu kemalangan berlaku. Malang tidak berbau. Untuk 2-3 hari heroin kita takde Kat set la huhuhu #rudyvsjolie #tvokey #tanahberisfilmproduction

A post shared by SHUHAIMI LUA (@shuhaimilua_director) on

Saksikan drama lakonan Nadia Brian di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Nadia Brian #Cedera #Kerusi Roda
;