Hiburan

Nadia Brian Rehat Sebentar Dari Dunia Lakonan

gempak
Zulaikha Yusof
23/08/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
Nadia Brian Rehat Sebentar Dari Dunia Lakonan
Pelakon Nadia Brian menjelaskan dia akan berehat dari berlakon buat masa sekarang memandangkan keadaan kakinya makin teruk.
Menurut Nadia, 29, dia terpaksa menolak tawaran telefilem sehingga pulih sepenuhnya.
"Masa insiden tu sepatutnya saya rehat tetapi disebabkan tak nak susahkan pihak produksi saya teruskan juga. Padahal pihak produksi ada bagi saya masa untuk berehat.
"Masa penggambaran tak ada pun bergerak banyak tapi mungkin terlebih guna kaki sebab itu bengkak teruk.
"Oleh sebab itu, saya menolak tawaran telefilem sehingga keadaan kaki baik sepenuhnya.
"Dalam bulan nanti, 10 Insya-Allah baru saya kembali ke set penggambaran," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda itu bersyukur kerana dijaga sepenuhnya oleh ibu sepanjang berada dalam keadaan tidak sihat.
"Saya rasa hilang nikmat Allah bila sakit macam ni. Saya tak pernah cedera sepanjang berada karier lakonan.
"Masa saya kecil pun jarang sakit sehinggakan perlu ke hospital. Ini kali pertama. Apapun, doakan saya cepat sembuh.
"Saya bersyukur sangat ibu saya yang menjaga sepanjang sakit ini. Bagi orang di luar sana yang ada ibu lagi tu hargailah selagi ada," katanya lagi.
Sebelum ini, Nadia ada berkongsi beberapa keping foto keadaan kakinya di Instagram (IG) miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian Cedera, Terpaksa Bergerak Guna Kerusi Roda
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live