Skip to main content

Budaya Popular

Nadia Brian Tak Serik Nak Kahwin Lagi - "Saya Tak Takut... Saya Pun..."

whatsapp-image-2024-10-16-at-12-35-02-pm.jpeg

Tiada istilah serik dalam kamus hidup pelakon Nadia Brian jika dirinya ditakdirkan berjodohan sekali lagi.
 
Pelakon berwajah seksi ini mengakui hasratnya untuk bergelar isteri tetap ada walaupun kini ramai rakan artis yang dilihat gagal mempertahankan rumahtangga mereka.

Dia yang disenaraikan dalam top 20 kategori Aktres Pembantu Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 melalui filem Eva, baru-baru ini akui tidak menidakkan untuk naik pelamin sekali lagi jika bertemu dengan lelaki pujaan.
 

 
“InshaAllah doakan yang terbaik untuk saya. Saya tidak menidakkan perkara itu tetapi hanya berserah sahaja,” katanya kepada Gempak.
 
Nadia yang pernah gagal mempertahankan  dalam mahligainya sebelum ini berkata, semua itu tidak menjadi ‘kuman’ untuknya meneruskan impian untuk berkahwin andai ditakdirkan bertemu jodoh.
 
Kata Nadia, ketakutan itu langsung tiada dalam benak fikirannya, sebaliknya hanya reda dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
 

“Saya memang tak ada takut.. sebab bagi Nadia itu memang aturan masing-masing.

 
"Setakat ini saya belum ada sesiapa. Doakan yang baik-baik untuk Nadia," ringkas pelakon itu.

Must-Watch Video

Advertisement