Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Nadia Brian Tak Serik Nak Kahwin Lagi - "Saya Tak Takut... Saya Pun..."

Ernalisa
16/10/2024 08:00 MYT
Tiada istilah serik dalam kamus hidup pelakon Nadia Brian jika dirinya ditakdirkan berjodohan sekali lagi.

Pelakon berwajah seksi ini mengakui hasratnya untuk bergelar isteri tetap ada walaupun kini ramai rakan artis yang dilihat gagal mempertahankan rumahtangga mereka.


BERITA BERKAITAN : Gempar 1 Malaysia! 3 Tahun Koma, Ahli Keluarga Tuntut Pelaku Dihukum! | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

BERITA BERKAITAN : Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan - “Allah Minta Kita Untuk Memaafkan Tapi…”

BERITA BERKAITAN : “Saya Tak Mahu Jadi Penyondol Atau Disondol” - Nadia Brian

Dia yang disenaraikan dalam top 20 kategori Aktres Pembantu Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 melalui filem Eva, baru-baru ini akui tidak menidakkan untuk naik pelamin sekali lagi jika bertemu dengan lelaki pujaan.

“Oh tidak.. apa yang berlaku itu semua sikit pun tak buatkan saya fobia untuk berkahwin. Mestilah saya nak kahwin.


“InshaAllah doakan yang terbaik untuk saya. Saya tidak menidakkan perkara itu tetapi hanya berserah sahaja,” katanya kepada Gempak.

Nadia yang pernah gagal mempertahankan dalam mahligainya sebelum ini berkata, semua itu tidak menjadi ‘kuman’ untuknya meneruskan impian untuk berkahwin andai ditakdirkan bertemu jodoh.

Kata Nadia, ketakutan itu langsung tiada dalam benak fikirannya, sebaliknya hanya reda dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

“Saya memang tak ada takut.. sebab bagi Nadia itu memang aturan masing-masing.


"Setakat ini saya belum ada sesiapa. Doakan yang baik-baik untuk Nadia," ringkas pelakon itu.

#Kahwin #Nadia #Tak #Nak #Brian #Serik
;