Berita
Nadira Azizan THR Gegar Meninggal Dunia
Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan disahkan meningal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 7.10 pagi, Ahad akibat denggi.
Berita itu disahkan oleh suaminya, Hasrulrizal Hassan Reezal dan memaklumkan jenazah akan disembahyangkan di masjid Islam Universiti Putra Malaysia (UPM).
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM).
Selain suami, Allahyarham meninggalkan lima orang anak.
Nadira, 41, dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengalami demam ketika berada di Kota Bharu, Kelantan sewaktu mengadakan promosi saluran radio itu.
Sebaik pulang ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, dia terus dibawa oleh Hasrul Rizal ke KPJ Kajang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HKL dan di tempatkan di wad ICU.
Nadira antara individu awal di Era FM dan sering menjadi penyampai radio ganti ketika juruhebah lain bercuti.
Pada tahun 2008 dia dipindahkan ke THR Gegar sebagai Eksekutif Muzik sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan saluran radio untuk pendengar Pantai Timur itu.
Nadira antara penyamai radio yang disenangi ramai kerana sikap ramah dan tinggi budi bahasanya.
Must-Watch Video