Pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab, 30, meluahkan rasa marah apabila menjumpai seekor lipas di dalam sebuah bekas makanan yang dibeli dari sebuah restoran.
Menurut Nadiyah, melihat kehadiran serangga itu di dalam supnya membuatkan dia berasa ngeri.
"Menjumpai lipas di bahagian bawah mangkuk sup saya. Apa sebenarnya F?!?!
"Ini adalah restoran besar di Malaysia dan saya merasa ngeri! Saya tidak akan menyebut nama mereka tetapi arghh saya rasa seperti muntah," tulisnya di Instagram Stories.
Susulan kejadian malang itu, pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati terpaksa berulang kali ke tandas.
"Kepada mereka yang bertanya adakah saya mengalami keracunan makanan dari sup semalam ... Inilah saya sekarang. Atas katil. Berdoa agar pil ini berfungsi," tulisnya lagi.
Perkongsian itu juga telah menarik peminat untuk berkongsi situasi yang sama malah ada yang lebih menggelikan.
"Saya pernah rasa. Saya dah habis minum air. Buka penutup konon nak makan bubble, saya nampak empat hingga lima lipas kecil dalam tu.
"Dulu saya pernah makan nasi tengah hari dan tetiba jumpa cicak dalam sayur kangkung. Saya ingatkan itu adalah ikan bilis rupanya anak cicak!
"Omg pernah kena juga macam ni. Anak saya umur tiga tahun masa tu makan donut yang popular tu. Tiba-tiba keluarkan balik donut tu dan buat muka pelik. Batuk-batuk. Separuh badan anak cicak dah hancur sebab dah masak mulut anak," antara respon yang diterima.
Zulaikha Yusof
Fri Jan 29 2021
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.
Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”
Raja Azura puji la Hafreez!
Insiden Jambatan Baltimore, Seorang Individu Ditemui Maut
Satu individu disahkan maut dan ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa. Menurut sumber, Ahli Majlis Bandar Baltimore, Phylicia Porter memberitahu pencarian mangsa-mangsa terlibat masih lagi dijalankan dan satu mayat telah pun ditemukan. "Kami deng
Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”
Shila kongsi tips.
"Tak Perlu Lebih-Lebih Mesra Cari Keserasian" - Pesan Wawa Zainal Untuk Aeril Zafrel
Pelakon Wawa Zainal berpesan pada suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel agar tidak berlebih-lebihan apabila bergandingan dengan pelakon wanita lain.
Nak Rumah Terbuka Korang Ditaja & Dapat Beraya Dengan Nadhir Nasar, Nabila Razali, Dato' Azizul Awang dan CIMB Octo? Wow!
Wah bestnya!
"Sebutan Kes Tak Perlu Hadir Ya" - Hafidz Roshdi
Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan tiada keperluan untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan kes.