Laman Utama

Nadiyah Shahab Mengaku Tak Pandai Masak Nasi Goreng, Netizen 'Sporting' Kongsi Resepi Dari Khairul Aming

gempak
Zulaikha Yusof
16/07/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
Nadiyah Shahab Mengaku Tak Pandai Masak Nasi Goreng, Netizen 'Sporting' Kongsi Resepi Dari Khairul Aming
Biarpun sering masak pelbagai aneka masakan, pelakon Nadiyah Shahab, 30, mendedahkan kelemahan dirinya yang tidak diketahui ramai iaitu tidak pandai menyediakan nasi goreng.
Menurut Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berkata dia pernah cuba untuk memasak makanan tersebut namun gagal.
Bagaimanapun katanya, percubaan kali pertama itu tetap mendapat pujian daripada suami tercinta, usahawan Ben Ali.
"Saya menginginkan sesuatu yang saya tidak tahu untuk memasaknya. Korang mesti tak percaya. This dish is like rocket science to me.
"It's...nasi goreng. Saya boleh masak banyak menu tetapi nasi goreng ... omg gagal. Cuba buat sekali.. kesian Ben makan nasi hangus. Tapi dia telan juga cakap sedap.
"Sekiranya ada yang mengetahui resepi, tolong kongsi dengan saya," tulisnya di Instagram Stories.
Selang beberapa hari, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini meluahkan rasa gembira apabila ruangan mesej di IG dipenuhi dengan lambakan resepi nasi goreng yang dihantar oleh pengikut.
Antara contoh rujukan yang diterima adalah resepi daripada personaliti media sosial, Khairul Aming.
"Wow saya tidak menyangka akan dipenuhi dengan resipi nasi goreng di DM saya. Saya akan buka 1 demi 1 okay. Terima kasih banyak, saya sangat menghargainya.
"Yang paling disyorkan ialah Khairul Aming dan Eika Azam. Akan cuba membuatnya dengan segera. Dan bagi mereka yang selalu gagal seperti saya, kita sepatutnya menggunakan leftover rice. Or day old rice," tulisnya lagi.
Terdahulu, Ben dan Nadiyah berkahwin pada 10 November 2018 di The Ballroom at East Coast, Singapura.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024