Laman Utama
Nadya Syahera Dedah Rumah Tangga Diganggu 'Penyondol' - "I Bet You Potong Jari Kalau Sanggup ..."
Pelakon Nadya Syahera mendedahkan ada wanita yang mencuba untuk menganggu rumah tangganya dengan suami, Fizul Nawi.
Nadya berkata kemungkinan wanita itu tertarik dengan kesenangan hidup suaminya namun dia berasa yakin tiada orang yang mampu berada di tempatnya. “Sebelum ini saya ambil tahu dan tahu la ada juga… mereka nampak kita senang. Mungkin nampak macam suami saya ada itu ini. Nampak more to materials kot.
“Tapi kalau kau ada di tempat aku, kau sanggup tak duduk seperti aku. Aku dah lapan tahun tau, kau baru nak masuk duduk tiga atau empat bulan, better tak payah dik.
“Lupakan nak ambil laki kakak… ha macam itu. Kalau kau sanggup bertahan macam kakak, I bet you potong jari, pergilah,” kata Nadya kepada Gempak.
Nadya ditemui ketika majlis pelancaran produk Nano Comestic selain memperkenalkan dirinya sebagai duta terbaharu di Magica Suite, Quill City Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Nadya turut menasihati wanita bujang agar tidak menganggu rumah tangga pasangan suami isteri.
“Ramai yang single, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau awak buat dekat dia, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi dekat awak juga.
“Sebab dunia kita berpusing, kalau kita buat orang esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini saya nampak Allah memang bayar cash. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, go ahead.
“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau kau nak, kau ambil. Kalau kau boleh bahagia, bahagia tu rezeki kau. Kalau aku tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” ujarnya.
Untuk rekod Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video