Hiburan
Nadya Syahera Rimas Dengan Sikap Peniaga
Aktres Nadya Syahera meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sikap sesetengah peniaga yang menghantar makanan untuk dirasai.
Menurut Nadya, dia rimas apabila sering disoal dan diasak dengan pertanyaan yang sama.
"Awak dah sedekah makanan kat orang tapi jangan lah berjuta kali mesej tanya dah makan ke dah makan ke apa ke.
"Kalau ikhlas memberi tak perlu nak paksa macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak review ke apa, terus turn off tak selera dah nak review," tulisnya.
Ketidakpuasan itu dikongsikan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories.
Tambah pelakon drama Chandelier itu dia berharap agar pihak terbabit faham dengan masa kerjanya yang tidak menentu setiap hari.
"Faham awak berniaga, kita bekerja yang tak tentu masa. Sabar itu indah sis.
"Lama-lama orang duk mesej bertalu-talu minta kita update. Lama-lama hilang sabar juga tau," tulisnya lagi.
Terdahulu, Uqasha Senrose pernah mengalami situasi sama apabila sering digesa untuk buat review makanan.