Viral

"Nafas Berbau Arak" - Polis Singapura Tangkap Aliff Aziz Buat Kecoh Di Orchard Road

Amri Hassan
10/11/2019
23:38 MYT
Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang didakwa penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kerana mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk semalam.
BACA: “Ayah Tolong Ayah… Dorang Pukul Abang…”- Bergelut Dengan Polis, Aliff Aziz Rayu Bantuan Bapa?
Aliff ditahan selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain sekitar pukul 6.40 pagi di kawasan Orchard Road, Singapura.
Difahamkan ketika diarahkan untuk bertenang, dia enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan.
"Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk, di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.
"Lelaki itu juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menangkapnya. Siasatan polis masih dijalankan," laporn BERITAmediacorp menurut kenyataan polis.
Petang semalam dua video yang menunjukkan seorang lelaki mirip Aliff bergelut dengan pegawai polis di kawasan Orchard Road tular di media sosial.
Dalam video pertama, lelaki itu dilihat bergelut dengan dua pegawai polis di persimpangan jalan Claymore Road dan kejadian itu disaksikan oleh orang ramai.
Manakala, menerusi video kedua, Aliff dilihat masih bergelut dengan dua pegawai polis yang cuba menggarinya.
Dua kereta polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan tiga lagi pegawai polis bergegas membantu dua pegawai di tempat kejadian yang masih cuba menggari Aliff.
Aliff bakal dihadapkan di Mahkamah Negara pada 19 November nanti bagi sebutan kes curi, di mana dia dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri.
Dia juga berdepan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.
Sumber: BERITAmediacorp
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.